Untitled

Untitled

Friday, August 19, 2011

DUNIA CELAKA.


Malam yang sunyi tanpa bunyi,
Malam yang sunyi tanpa kata,
Malam yang tidak berpenghujung,
Malam yang tiada deria,tiada nafsu tiada segalanya,
Suram tanpa ungkapan,
Suram tanpa cahaya,
Bulan dan bintang tenggelam dimamah awan,
Jasad meronta,badan merayu ingin direhatkan,
Tiada daya kerana otak masih mahu meneruskan perjalanannya merentasi alam,
Masih ligat berputar tanpa henti.tanpa penat,
Mata dikerah hingga hilang daya,
Terpancar sedikit cahaya yang meminta ingin dilepaskan,
Ingin hidup bebas tanpa sebarang cengkaman,
Bebas berjalan tanpa dihalang,
Tiada penghujung,tiada penamat,bebas dari anasir-anasir yang membelenggu,
Ahhh,
Tempat ini kejam,tempat ini sempit!
Aku hanya ditindas dan dicampak bagai sampah,
Sampah yang dipandang hina oleh masyarakat,
Sampah yang busuk!
Dan aku percaya,suatu masa nanti aku pasti menemui
KEADILAN yang dicari.






















0 comments:

Post a Comment