Untitled

Untitled

Tuesday, September 9, 2014

Buat Unikorn di Atas Sana - Part II

Aksara ini aku titipkan buat unikorn di atas sana

Yang tak pernah dengar doa

Yang tak pernah bantu manusia

Yang tak pernah tampil untuk amankan dunia

Tapi aku percaya, unikorn mampu cipta bahagia

Dengan momokan neraka

Dan pedang yang memisahkan badan dari kepala

Aku juga percaya akan persenggamaan unikorn dan manusia lantas

Melahirkan separa dewa

Meng-klaim kan diri sebagai pesuruh unikorn



Dan lakukan tugas mulia untuk pecahbelahkan dunia.

Asingkan Aku

Dalam keterpaksaan

dia bunuh semua kebebasan

Memungkinkan semua kemungkinan

Dalam daerah keterpaksaan ini juga

Aku telah hilang percaya

pada apa yang mereka gelar sebagai ‘yang maha kuasa’

bezanya, aku dalam ‘daerah’ keterpaksaan yang tak dipaksa

menyambung setiap aksara

menepis tiap neraka

yang cuba dipaksa dalam kepala



Maka, lawanlah segala jenis pembodohan yang datang dalam bentuk bahagia!

Baca dan Faham

"Allah adalah lanjutan daripada agama penyembahan masyarakat Akkadia (tempat di mana Ibrahim berasal dalam tamadun mesopotamia) iaitu terhadap dewa mereka bernama Ilu. Dewa Ilu dalam bahasa Arami dan Ibrani adalah El merupakan Tuhan tertinggi atau dewa langit. Dari sinilah orang Ibrani yang berhijrah dari Akkadia ke Kan'an memperkenalkan dewa mereka dalam sebutan El (disimbolik oleh kisah penghijrahan Ibrahim)

Orang2 Ibrani yang diwakili oleh kaum bernama Israel yang tercatat dalam kitab mereka (zaman Biblikal) sebenarnya tidak memperkenalkan konsep monotheism tetapi henotheism iaitu kepercayaan terhadap satu tuhan bagi kaum mereka yang dikatakan sebagai lebih berkuasa dari tuhan atau dewa kaum lain (di sini mereka seolah2 menyedari dalam dunia wujud pelbagai dewa2 tetapi dewa atau tuhan kaum merekalah yang lebih berkuasa).

Konsep monotheism hanya muncul setelah kaum Ibrani menyerapkan ideologi Zoroastrianism dari Parsi setelah berlaku pembuangan Babilonia (zaman Mishnaik).

Allah dan Elohim kedua2nya berasal dari kata Ilah dan Eloah, masing2 dalam bahasa Arab dan Ibrani. Ia hanyalah lanjutan daripada konsep Tuhan orang2 Israel saja, yang kemudiannya dianuti oleh tamadun besar yang melingkari kehidupan orang Israel iaitu Romawi (menerusi Kristianiti) dan Parsi (menerusi Islam). Tidak dinafikan konsep tuhan personal yang maha esa yang disembah oleh majoriti umat dunia hari ini yang bernama Kristian dan Muslim hanyalah tidak lain dan tidak bukan ialah tuhan kaum nomad padang pasir terpencil Israel yang tidak pernah terdengar dari tamadun2 lain.

“Apabila ada perempuan diperkosa, atau bila berlaku perceraian, masyarakat terus menyalahkan perempuan kerana “pasti dia tidak senonoh”. Bila suami berpoligami, isteri pertama pun terus dipersalahkan kerana “pasti tidak pandai jaga suami”. Ada yang malah membuatkan perempuan yang dikatakan tidak menutup aurat untuk rasa bersalah dan bertanggungjawab menanggung dosa lelaki yang memperkosa perempuan lain.

Logik sadis mereka adalah: “Kalau anda (perempuan) tidak menutup aurat, maka lelaki pun tergoda. Walaupun lelaki itu tidak memperkosa anda, tapi kerana anda telah merangsang nafsunya, dan memang mustahil lelaki boleh kawal nafsunya, maka dia pun akan merogol perempuan lain. Jadi, andalah yang sebenarnya bersalah dan bertanggungjawab terhadap perbuatan lelaki itu.”

“Lalu, masalahnya pada perempuan atau pada lelaki? Gus Dur (Abdur Rahman Wahid), mantan presiden Indonesia dan juga ketua Nahdlatul Ulama, pernah mengatakan “yang porno itu adalah otak kamu”. Tepat sekali analisis Gus Dur itu.

Lihat saja kenyataan lucah Menteri Pertahanan dan mantan menteri berkenaan Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini. Apabila aktivis-aktivis wanita mahu memberikan sarung tangan putih pada beliau semasa kempen anti rasuah, jawapan spontan yang keluar dari kepalanya ialah: “Pakai sarung tangan pegang isteri nanti tak terasa.” Jadi, jangankan tengok perempuan, tengok sarung tangan atau tiang lampu pun dia akan fikir seks.”

“Daripada kementerian mengharamkan persembahan balet kerana penarinya memakai tutu seperti skirt pendek itu, bukankah lebih baik mendidik masyarakat untuk menghargai dan mengapresiasi budaya dan kesenian?

Daripada sibuk menyalahkan perempuan, bukankah bagus untuk memberi kesedaran pada lelaki agar lebih menghormati perempuan, bahawa tiada siapa pun berhak mengganggu orang lain?”

-ANONYMUS

(P/S : Diambil dari catatan di Facebook. Bukan hasil tulisan sendiri)

Toleransi

Saat bacaan weda berkumandang

Saat para dewa usai menyembah berhala

Saat irama Gereja Coptic Mesir megumandangkan mantra

Saat ini, kita masih di aras yang sama

Menjadi manusia yang hilang toleransi

Mengklaim agama sebagai hak sendiri

Dan menindakkan kepercayaan lain selain kepercayaan sendiri

Bagaimana Jika umat hindu mengklaim bacaan wedanya ke atas umat majoriti?



Atau Gereja Coptic Mesir mengklaim alunan taranummnya, apakah kita masih ego dan tidak mahu bertoleransi?

Dan......



Di pembaringan suram

Minda bertebaran di langit malam

Bertebaran ke arah kelangsungan hidup

Bergetar minda dari mata redup

Berfikir soal hidup

Mahu jadi apa?

Mahu sembah apa?

Mahu terbang ke mana?

Adakah ini karma?

Atau dosa lama?

Menghimpit di kala sempit

Berfikir juga terasa perit

Merintih dan meringkih

Mahu hitamkan yang putih

dan



Mahu jadi Begawan di awan.

Entah Apa Ada Dengan Dunia.

Di bawah pohon rendang

Bersama rumput, liar menjalar

Aku bertanya pada isi dunia

Mengapa dunia terlalu celaka?

Terlalu berbisa

Untuk sosok yang tak punya apa

Ini bukan coretan malas saorang manusia

Ini juga bukan bait bait meratap emosi duka

Aku mahu kerja

Tapi bukan sebagai robot yang dicorak emosinya

Aku mahu bebas

Tapi bukan sebagai anjing yang dilepaskan talinya

Dan laungan keamanan pun bergema

Lancar dari alat penguat suara

Berhamburan dari selatan ke utara

Tapi sayangnya,



Ianya hanya hamburan retorik semata mata

Dari penguasa yang suka memaksa

Sepertinya kita bodoh

Sepertinya kita anak kecil


Yang hanya tahu membaca ‘fairy tale’.

Nak Jadi Diri Sendiri Boleh?

Hidup kekadang-nya bosan, gembira datang dengan pengorbanan. Aku bosan dengan manusia manusia di sini, saling merayakan siapa paling berjaya hidup dalam sistem dangkal ini. Belajar sudah jadi seperti tugas dalam hidup, tanpa pelajaran kau hanyalah manusia hina. Tapi, pendidikan apa yang ditekankan dalam kepala hingga masyarakat terlalu memandang rendah pada mereka yang tak dapat belajar di universiti mahupun kolej? Ya, si fasis telah berjaya buat rakyat mengeneralisasi bahawa hanya dengan masuk univerisiti/kolej kau akan berjaya dan orang yang tak dapat univerisiti atau kolej akan terus jadi sampah dan bodoh.


Pendidikan negara ini semakin jauh dari falsafahnya sendiri iaitu untuk mewujudkan individu yang dapat menyumbang kembali untuk masyarakat. Tapi sebaliknya yang berlaku, pendidikan hanya buat pelajar bergantung harap pada sekeping ijazah untuk teruskan kelangsungan hidup selepas belajar, iaitu dengan bekerja. Universiti bagaikan satu kilang yang hasilkan robot untuk berkhidmat pada industri. ‘Melahirkan warga yang bertanggungjawab’ tidak sepenting melahirkan doktor dan engineer. Kita tak perlukan warga yang bertanggungjawab, apa yang kita perlukan hanya ROBOT, untuk dikerah tenaganya pada industri industri dan terus mengkayakan lagi pemiliknya.


Negara industri adalah idea Mahathir lewat tahun 1980-1990, bercita besar mahu menjadi negara industri dengan pantas. Oleh sebab itu, pendidikan negara ini lebih kepada menyediakan pekerja(baca robot) untuk kilang kilang ini, dan bukan lagi untuk membina insan sempurna seperti dalam falsafah pendidikan negara. Jadi tak hairanlah orientasi sosial dan politik negara ini berterasksan developmentalism-teori pembangunan berteraskan fizikal dan modal besar. Lantas, pelajar sains dan teknikal sahaja yang diiktiraf sebagai subjek untuk mereka yang pandai, walhal tujuan sebenarnya dalah untuk menjamin supaya robot harus sentiasa dikeluarkan untuk terus berkhidmat pada industri. Pelajar sastera pula sering dituduh sebagai bodoh dan menjadi produk gagal kerna sastera tak dapat menyumbang pada ekonomi negara.


Tahun 1996 merupaka detik detik matinya pendidikan sebenar di Malaysia melalui Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, dan lahirnya PTPTN pada tahun 1997 telah buat tugas mendidik diserahkan sebahagiannya pada pihak swasta untuk didagangkan. Pelajar pelajar miskin diberi pinjaman masuk ke univerisiti untuk dijadikan buruh-buruh ‘terpelajar’ supaya dapat bekerja dan dapat membayar kembali wang yang diberi pinjam.(100% lari dari falsafah pendidikan negara yang asal) dan hari ini kita dapat mengeneralisasikan bahawa belajar hanyalah untuk berkerja, bukan untuk mencipta insan yang bertanggungjawab mahupun sempurna.

Kerana sastera dianaktirikanlah maka kemanusiaan dipinggirkan. Tiada langsung sekolah pemikiran ataupun jabatan jabatan falsafah di universiti di Malaysia. Kemanusiaan bagaikan satu perkataan asing yang tak siapa faham. Masing masing berlumba mencari kerjaya, untuk survive dalam sistem yang menikam dibelakang anda secara perlahan. Hidup hanya untuk bekerja, berkhidmat dan terus berkhidmat untuk upah di kemudian hari yang sebahagiannya dikembalikan sebagai ‘HUTANG’ untuk terus hidup di belantara konkrit ini.


Tiada siapa yang mahu cuba jadi diri sendiri, tiada siapa yang mahu belajar dari alam dan tiada siapa yang mahu belajar dari haiwan. Umat islam di Malaysia seolah olah lupa bahawa anak nabi adam belajar dengan burung untuk kebumikan mayat saudaranya. The Academy yang ditubuhkan Socrates juga bermula dari bawah pokok sahaja. Dan ini mengukuhkan lagi bahawa alam dan haiwan sangat memainkan peranan penting untuk mengajar kita. Berbakti kepada manusia dan alam lebih penting dari menjadi robot di industri. Menjadi diri sendiri adalah benda tersusah, kau takkan dapat jadi diri sendiri di univerisiti atau kolej, mahupun di mana mana sekalipun. Untuk mengenal diri ialah dengan membunuh diri sendiri atau dalam bahasa mudahnya-bunuh ego. Aku juga masih dalam proses untuk cuba mencari apa itu mengenal diri.