Untitled

Untitled

Wednesday, April 17, 2013

GENDER

Fikiran melayang lagi, teringat wajah manis perempuan. Perempuan, keseluruhannya. Tiada kena mengena dengan individu lain. Kenapa sering mereka ini(perempuan) ditindas? Seperti sudah jadi lumrah/hukum alam yang mereka ini akan sentiasa di bawah. Terlalu banyak hukum dan pantang larang untuk perempuan. Bahkan agama sendiri juga turut menindas golongan ini. Ohh,maafkan aku, bukan agama, tetapi umat/penganut itu yang salah. Yang boleh didefinasikan sebagai manusia separa tuhan, yang mudah menghukum. 

Hasil daripada itu, lahirnya golongan feminisme, golongan perempuan yang menentang dan mahu bangkit dari terus tertindas. 

Dunia hari ni juga menampakkan penindasan ke atas perempuan yang ketara. Contohnya islam, perempuan harus taat pada suami, "jika seorang perempuan enggan melayani suaminya dia akan dilaknat hingga subuh", bagaimana jika sebaliknya "seorang lelaki enggan melayani isterinya"? Apa hukumnya? Mudah jika kamu jawab "perempuan gatal sahaja yg meminta suami melayaninya". Ternyata, seksis. Hukum haram itu sepertinya dicipta untuk perempuan, tanggapan masyarakat tipikal pula "perempuan darjatnya lebih rendah dari lelaki". Di mana kesamarataan gender bila ada yang berfikiran seprti itu? 

Kebebasan mereka dirampas, hak berpakaian juga ditarik. Moral comes first. Tak tutup aurat itu jalang, berpakaian menampakkan tubuh itu pelacur. Judging people by dresscode, shame on you.
Menjadikan neraka itu sebagai kata kata puaka untuk kamu menindas golongan perempuan ini. Lelaki tak tutup aurat? Ada yang kena bakar lutut dalam neraka? Kenapa perempuan yang harus dibakar rambut dan kepala hingga meggelagak dalam neraka? Lelaki? Hmm. Hadis berat sebelah mana yang kamu ambil? 

Dalam masyarakat pula, perempuan dianggap lemah dan memerlukan perlindungan. Hal perdagangan, ekonomi dan ilmu menjadi hak lelaki, membasuh, memasak dan menjaga anak pula dikategorikan sebagai hak perempuan. Bagi aku tiada istilah "pekerjaan lelaki" mahupun "pekerjaan wanita". Kenapa? Tak pernah nampak mekanik perempuan? Nurse lelaki? Kenapa harus dibezakan?

 Semakain hari fikiran kita semakin jumud, sepatutnya kita dilayan sama rata dan tiada langsung diskriminasi gender yang berlaku. Aku ambil contoh islam bukan sebab cuba nak cetuskan provokasi or what, tapi sebagai negara yang majoritinya beragama islam, aku mohon kalian buka fikiran tentang penindasan ke atas permpuan ni. Jadi manusia yang tidak membenci dan menindas sesama sendiri. Walaupun pandangan aku tak menyeluruh, tapi aku sangat serius tentang kesamarataan gender ni. Perempuan, tabahlah, suatu masa, pasti keadilan akan memihak pada kamu.

"Kita sama tapi tak serupa, hentikan diskriminasi gender"

0 comments:

Post a Comment