Untitled

Untitled

Tuesday, April 16, 2013

ILMU.

Selamat pagi, untuk kita. Walaupun dah tak cukup pagi, tapi aku tetap akan cakap "pagi" lepas bangun dari tidur. Lantaklah, peduli apa aku. Kepuasan ucap "selamat pagi" tu lagi penting. Ohhh, nak hujan, patut langit gelap. Hmm. Bagus la, semalam tak dapat hujan, hari ni dapat sikit. Rasa macam panjang pulak intro kali ni. Haha. Okay, apa itu ilmu bagi kalian?? Bagi aku ilmu itu tak terbatas, dimana sahaja ruang dalam bumi pasti akan ada ilmu. Tak kiralah ipta, ipts mahupun universitas pencakar langit. Meski di dalam parit mahupun loji, ilmu tetap ada. Tapi, pelajar malaysia telah didoktrin bahwa ilmu itu hanya di sekolah dan universiti, keluar duit ribu ribu baru boleh dapat ilmu.

Ilmu sekarang hanya untuk mengisi production lines di kilang. Kita didoktrin lagi dengan dongeng "ilmu praktikal sahaja yg dapat menjamin masa depan". Lantas pelajar pelajar sastera sering ditindas dengan 5 aksara puaka yang menghantui mereka sejak dari sekolah, iaitu BODOH. Siapa bodoh sebenarnya? Kamu yang menjadi robot di kilang, atau mereka yang sentiasa berfikir dan berbagi waktu dengan alam? Ahhh. Apa yang kalian fikir? Belajar rajin rajin, kerja, kahwin, taubat, mampos? Itu yang kalian mahu? Hidup sekadar jadi pak angguk?. Semakin hari kita semakin jauh dari ilmu, ilmuwan yang sepatutnya kita contohi diabaikan, dan kita dihidangkan dengan para elitist yang memperagakan baju berjenama, kereta mewah, rumah besarr. Golongan elitist ini yang kita sembah, yang kita dewakan, kerana apa? Mereka BERILMU.

Ya, coretan kali ini menunjukkan kekecewaan aku terhadap sistem pendidikan dimalaysia. Spoon-feeding.

0 comments:

Post a Comment