Untitled

Untitled

Monday, April 15, 2013

TOLERANSI

Berjalan meredah kota bukanlah satu tugas mudah, tambahan pula kota konkrit. Meski malam pekat seperti coklat dan matahari sembunyi mengharap bulan biaskan cahayanya, tetap juga udara panas datang menyapa. ya, aku manusia yang salahkan matahari instead dari diri sendiri. Kenapa?? jangan tanya soalan bodoh.
Niat ingin berjalan, menyaksikan panorama ajaib malam, keindahan alam yang masih belum tercemar. Hakikatnya, mata aku tercemar dengan bendera bendera parti politik, gah kononnya. Macam kanak kanak berebut kawasan, masing masing menunjukkan kekuasaan masing masing dengan jumlah bendera terbanyak.
Bagi aku berkempen dengan pacak bendera ni satu kerugian dan tiada manfaat(bermanfaat bagi mereka yang homeless dan mahu lapik bendera sebagai alas tidur). Baik pembangkang mahu kerajaan pusat, keduanya sama, bersifat autoritarian.

Gagahkan mata berpaling kiri, aduh! sesaklah babi! ohhh. ada majlis ilmu rupanya(UAI). Majlis ilmu dan umat yang kononnya berilmu berpusu pusu mahu duduk di depan, siapa cepat dialah yang diberi pahala lebih. Pedulikan parking, pedulikan pengguna jalan raya yang lain, pedulikan kesesakan, janji dapat PAHALA. Nahh, ini yang dipanggil umat berilmu?? muslim yang berkaliber?? yang mudah melenting bila agama lain buat majlis ilmu? Thaipusam, sesak katanya. Sembahyang jumaat yang setiap minggu berlangsung dengan 90% kadar kesesakan pula bagaimana?? tiada niat untuk aku cetuskan provokasi, just pesanan untuk saling menghormati dan bertoleransi. Hormat pegangan masing masing. "Kau dengan agama kau, aku dengan agama aku". susah??

Kali ini terus ke kanan, terpandang sosok tubuh yang dibalut pakaian mahal. memandang sinis aku bersama moto kapcai. Materialisme atau golongan yang menyembah materi, sangat judgmental. Berpakaian mahal, berkereta mewah dan berumah besar bagi mereka adalah golongan yang bijak pandai dan berilmu, jadi disisihkan mereka yang selekeh dan comot. Ya, aku benci mereka yang menilai berdasarkan pakaian, mengampu mahukan wang, dan memandang materi sebagai garisan pertama untuk hidup. Sejujurnya aku benci, tetapi ini dunia kita. Aku lupa, kita hanya manusia.


0 comments:

Post a Comment