Untitled

Untitled

Tuesday, September 9, 2014

Kratom City Hardcore- Sebuah Kolektif Kecil Dari Utara



Kratom City Hardcore secara rasminya telah ditubuhkan pada 03 Jun 2012 melalui satu benefit show yang kecil untuk The Tools Of The Trade semasa Defy Farewell Pre-Europe Tour 2012 mereka. KCHC adalah secara literalnya sebuah kolektif hardcore punk tempatan yang berpengkalan di Kedah.

Nama Kratom diambil kerana ia melambangkan wilayah utara Malaysia, Kedah. [P/S: Kami pernah bercadang untuk menggunakan Padi sebagai subjek tetapi serius, ia tidak begitu hebat. Padi tidak menbolehkan kita high melainkan ia ditapai :P]

Tujuan umum kelahiran KCHC adalah berdasarkan nilai persahabatan. Kami menghargai nilai persahabatan ke peringkat yang seterusnya di kalangan rakan-rakan baru dan lama yang berada di sekeliling kita. Perkongsian adalah tujuan lain yang kami tekankan. Kami mahu orang ramai untuk berkongsi idea, minat yang mendalam dan keseronokan bersama-sama dengan kami di atas bumi yang menyakitkan kepala ini.


Segala aktiviti-aktiviti yang sedang dan bakal dijalankan seperti gig dan perkara-perkara yang lain secara kolektif sebagai contoh; *Food Not Bombs, *Really Really Free Market dan lain-lain. Kami akan menunjukkan perkembangan acara-acara yang akan datang dan sebagainya dalam Kratom Times yang akan datang. Untuk mencapai koneksi rakan-rakan di seluruh dunia, kami benar-benar memerlukan label ini sebagai medium berkomunikasi.


Kami juga ingin membuat hubungan yang luas dengan label DIY HC punk yang lain dan yang berkaitan dengannya.


Buat masa ini, kami akan memberi tumpuan kepada space/studio/tempat untuk apa-apa pun aktiviti yang berpusat di rantau utara Malaysia terutamanya, selepas apa apa yang boleh kita cakap dan lihat sendiri tentang kekurangan ruang untuk melakukan perkara-perkara yang agak berkaitan dengan keseronokan adalah antara masalah yang besar di sini. KCHC juga akan meriliskan kaset/CD kompilasi untuk terus menghidupkan scene.


Sebenarnya, idea ini telah diinspirasikan selepas kami pergi ke space yang lain seperti The Wall (Batu Pahat, Johor), Rumah Api (Ampang, Kuala Lumpur), Phantom Anggota Badan (Sarawak).


Tabung Kratom City Hardcore telah dibuka dan pada sesiapa yang ingin membuat sumbangan dana berbentuk wang/pakaian/buku/apa-apa barangan terpakai boleh lah mula menyumbangnya dengan ikhlas. Wang/pakaian/buku/apa-apa barangan terpakai ini akan digunakan untuk manfaat scene dan masyarakat di Kedah terutamanya, bukanlah sama sekali hanya untuk kepentingan terhadap mana-mana individu.


Sumbangan boleh disalurkan kepada Poit (Akmal), Mat Jun, Kirin, Serap, Atan, Alip Hidong, Edan, atau Pait. Untuk apa-apa pertanyaan, boleh diusulkan juga kepada nama-nama yang berkenaan. Tolong sebarkan mesej ini bersama-sama. Terima kasih. BY PEOPLE FOR PEOPLE!

*Info untuk food not bombs rujuk kepada: http://www.foodnotbombs.net/ or http://en.wikipedia.org/wiki/Food_Not_Bombs

*Info untuk the really really free market rujuk kepada:

http://www.reallyreallyfree.org/ or http://en.wikipedia.org/wiki/Really_Really_Free_Market


“BY PEOPLE FOR PEOPLE” bermaksud disini bertindak sebagai percikan permulaan yang bukan berlandaskan kepentingan dan keuntungan individu atau sekelompok koloni tetapi menjurus kepada perubahan dalam scene. Kerana apa kami lihat selama ini, apabila wujudnya kolektif, kronisme juga bakal berlaku. Apabila kronisme berlaku, perubahan hanya tercetus disekitar golongan yang mengambil tempat dalam sesuatu kelompok itu. Sebenarnya perubahan pada skala besar dapat dibuat jika kita semua berada diluar kotak sebentar.

Dengan menonjolkan diri kepada masyarakat diluar scene, masyarakat akan lebih peka dengan kewujudan segelintir golongan budaya kaunter ini dengan melihat ke arah kebaikan yang terletak dan bukannya pada pakaian dan figura fizikal semata-mata.


Tulilah mereka yang melabel secara lahiriah kerana apa yang dilihat oleh kaca mata kadangkala ilusi visual spatial separa kebenaran yang hanya boleh dikatakan sebagai tuduhan yang membabi buta dan melulu.



Ianya bukan sekadar kolektif atau kelompok tapi lebih kepada gerakan golongan minoriti yang menolong manusia lain.


Hardcore punk bukan sekadar muzik tapi hardcore punk adalah falsafah, cara hidup, pemikiran dan segala yang berkaitan dengan kehidupan. Hardcore punk tak kira bangsa, tak kira agama, tak kira warna kulit tapi hardcore punk adalah kesamarataan pada setiapnya itu.


Ia juga adalah slogan yang akan dilaungkan oleh Kratom City Hardcore. Kenapa “BY PEOPLE”? Ia adalah daripada segelintir manusia di dalam scene yang merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti untuk memenuhi kehendak semua manusia dengan ikhlas.


Kenapa “FOR PEOPLE”? Di sini ia membawa maksud semua manusia yang menerima segala perancangan dan mengikuti semua rancangan tersebut dengan membantu melaksanakannya bersama-sama.

0 comments:

Post a Comment