Untitled

Untitled

Tuesday, September 9, 2014

Homophobia - Idea Durjana Pemecah Belah Manusia



Homophobia merupakan perasaan benci yang bersifat negatif terhadap homoseksual ataupun mereka yang dikenali sebagai Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender(LGBT).Mereka yang membenci akan dipacu perasaan prejudis, benci dan takut, selalunya berkaitan dengan kepercayaan agama. Aku lebih senang memanggil-nya sebagai ‘Gender ke-3’ untuk umat manusia.

Pembenci gender ke-3 ini selalunya mengaitkan LGBT sebagai manusia yang tak bermoral yang sering membuat kejahatan ataupun dosa. Padahal, ini merupakan masalah gender, nafsu, di mana mereka tertarik dengan pasangan yang sama jantina. Bukankah ini suatu yang amat privasi? Apa kaitan-nya dengan moral? Oleh itu, tiap dari kita amat perlukan sifat empati(naluri memahami perasaan orang lain) untuk mendalami perasaan orang lain, termasuk mereka yang tiada pertalian darah dan berbeza dari kita.

Aku sendiri hidup dalam persekitaran di mana rata-ratanya adalah homophobia ataupun pembenci gender ke-3. Mereka ini selalunya menggelarkan homoseksual sebagai pondan, bapok, maknyah dan kata kata negatif lain. Seperti diberitahu pada perenggan awal tadi, homophobia selalunya didorong oleh kepercayaan agama untuk membenci LGBT. Mereka(homophobia) kerapkali mengatakan bahawa punca LGBT adalah kerana tidak mendalami ilmu agama, ikut budaya barat dan dihasut syaitan. Ternyata, mereka masih kekurangan sifat EMPATI itu sendiri, tanpa megetahui keadaan sebenar, dan tanpa bertanya sendiri pada yang mengalami, mereka(homophobia) dengan pandainya membuat andaian sendiri.

Di Afghanistan, Taliban mengenakan hukuman mati terhadap homoseksualiti. Selepas kejatuhan mereka, Homoseksual dipinda kepada jenayah berbayar di mana mereka hanya didenda atau dipenjara. Walaubagaimanapun, situasi di UAE(United Arab Emirates) tentang homoseksual masih lagi tidak jelas. Sejak revolusi islam di iran pada tahun 1979, kerajaan iran telah mendakwa 4,000 orang dengan kesalahan menjadi ‘homosekual’, manakala di Saudi pula hukuman maksimum bagi homoseksual adalah hukuman di khalayak ramai, tetapi selalunya kerajaan akan menggunakan hukuman lain seperti denda, penjara, sebat malah dipaksa untuk menukar jantina sebagai jalan alternatif.

Aku masih ragu ragu, samada di Malaysia sudah ada akta untuk golongan LGBT ini, kerana yang bertindak KERAS terhadap golongan Homoseksual ini hanya samseng-samseng yang diupah oleh tangan ghaib untuk memukul atau memalukan golongan homoseksual di khalayak ramai. Homophobia bertindak kejam dengan memukul mereka yang homoseksual dengan objek objek keras dan tajam sehingga boleh membawa maut dan yang paling sedih ialah, mereka(homophobia) bergerak atas nama AGAMA, yakni ISLAM. adakah islam menggalakkan penganutnya bertindak kejam terhadap mereka yang berbeza? Bukankah apa yang disebarkan selalunya CINTA? Simpan soalan ini untuk diri kamu sendiri. (:

Takut dilabel sebagai ‘Gay’ boleh dianggap sebagai satu bentuk sosial homophobia. Ahli teori termasuk Calvin Thomas dan Jadith Butler mencadangkan bahawa homophobia boleh berakar dalam seorang individu yang takut dilabel sebagai ‘Gay’. Homophobia pada lelaki juga berkait rapat dengan ketakutan terhadap kejantanan-nya.(LOL)

Maka, atas alasan ini, homophobia didakwa berleluasa dalam sukan dan sub-kultur penyokongnya yang boleh dianggap sebagai lelaki stereotaip, seperti dalam persatuan bola sepak dan rugby.

Jangan anggap semua homophobia membenci LGBT, kekadang-nya mereka letakkan sedikit sifat TOLERANSI dalam kepala untuk menerima dan sekaligus ber Fap-Fap-Fap(Beronani) dengan menonton porno yang melibatkan dua wanita yang sama jantina. Adakah ini hipokrasi? Atau CHERRY PICKING? Anda nilai sendiri.
“Oh, god says so yeah? God also says to love one another, I don't see you practicing that one, cherry pickers.”

Kita manusia sudah sememangnya berbeza, aku Cuma mahu manusia dilayan sama rata tanpa ada garis jantina, bangsa, negara mahupun agama. Dengan itu baru-lah semua dilayan sama rata tanpa prejudis dan diskriminasi. Untuk mereka yang beragama, persoalkanlah dogma dan sebarkan cinta untuk umat manusia.Untuk para LGBT, kami BERSAMA KAUM TERTINDAS.



MANUSIA GEMBIRA DENGAN KATA KATA CINTA, BUKAN DENGAN SENJATA.



*ini adalah pendapat penulis sendiri dan tiada kena mengena dengan individu lain. Sebarang komen boleh boleh ditujukan ke kratomcityhardcore@gmail.com





Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Homophobia

0 comments:

Post a Comment