Untitled

Untitled

Tuesday, September 9, 2014

Buku Bukan Mercun Roket

Buku bukan mercun roket merupakan salah satu ‘side’ projek dari ‘Kratom City Hardcore(KCHC) yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat supaya lebihkan membaca dan mencari kebenaran sendiri instead mendengarnya dari orang lain. Projek ini juga bertujuan untuk membuka minda masyarakat bahwa membaca itu boleh di mana mana sahaja dan tak semestinya di perpustakaan yang diiktiraf.

Masyarakat sekarang telah jauh dari membaca, masing masing berlumba mencari harta kekayaan. Oleh sebab itu kami wujud untuk membantu masyarakat berfikir tentang pentingnya membaca. Selain itu, kami mahu masyarakat tahu, bahawa ilmu boleh diperoleh di mana mana sahaja dan bukan hanya di universitas atau kolej berpendidikan tinggi. Kami mahu membudayakan kembali sastera yang tlah lama mati ditikam sains dan praktikal.


Buku Bukan Mercun Roket ini bertempat di taman jubli, bahagian utara Malaysia di sebuah pekan yang dipanggil sungai petani pada setiap hari sabtu. Aktiviti d.i.y(do it yourself) ini bukan sahaja menggalakkan masyarakat membaca tapi kami juga menyediakan ruang diskusi untuk siapa sahaja yang mahu membincangkan apa apa topik. Kami memberi pinjam buku hasil yang diperoleh daripada kawan kawan yang berbesar hati mahu menderma, kepada masyarakat secara percuma. Dan tiada sistem bayaran ataupun isi borang mahupun mengambil nama. Kami mahu ‘KITA’ saling percaya dan sentiasa bersikap positif. Selalunya tempoh meminjam hanya seminggu tetapi kami tak terlalu memaksa, habis baca boleh pulangkan.


Kami juga menerima buku buku lama yang sudah tidak dibaca dan mahu dibuang. Sebarang bentuk pendermaan boleh contact jun – 0175676039 ataupun kirin- 0194277605. Sudah tiba saatnya kita mencipta revolusi baru dengan buku, berfikir bebas tanpa kekangan dari pihak mana pun. 

‘THERE IS NO AUTHORITY BUT YOURSELF’.


Homophobia - Idea Durjana Pemecah Belah Manusia



Homophobia merupakan perasaan benci yang bersifat negatif terhadap homoseksual ataupun mereka yang dikenali sebagai Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender(LGBT).Mereka yang membenci akan dipacu perasaan prejudis, benci dan takut, selalunya berkaitan dengan kepercayaan agama. Aku lebih senang memanggil-nya sebagai ‘Gender ke-3’ untuk umat manusia.

Pembenci gender ke-3 ini selalunya mengaitkan LGBT sebagai manusia yang tak bermoral yang sering membuat kejahatan ataupun dosa. Padahal, ini merupakan masalah gender, nafsu, di mana mereka tertarik dengan pasangan yang sama jantina. Bukankah ini suatu yang amat privasi? Apa kaitan-nya dengan moral? Oleh itu, tiap dari kita amat perlukan sifat empati(naluri memahami perasaan orang lain) untuk mendalami perasaan orang lain, termasuk mereka yang tiada pertalian darah dan berbeza dari kita.

Aku sendiri hidup dalam persekitaran di mana rata-ratanya adalah homophobia ataupun pembenci gender ke-3. Mereka ini selalunya menggelarkan homoseksual sebagai pondan, bapok, maknyah dan kata kata negatif lain. Seperti diberitahu pada perenggan awal tadi, homophobia selalunya didorong oleh kepercayaan agama untuk membenci LGBT. Mereka(homophobia) kerapkali mengatakan bahawa punca LGBT adalah kerana tidak mendalami ilmu agama, ikut budaya barat dan dihasut syaitan. Ternyata, mereka masih kekurangan sifat EMPATI itu sendiri, tanpa megetahui keadaan sebenar, dan tanpa bertanya sendiri pada yang mengalami, mereka(homophobia) dengan pandainya membuat andaian sendiri.

Di Afghanistan, Taliban mengenakan hukuman mati terhadap homoseksualiti. Selepas kejatuhan mereka, Homoseksual dipinda kepada jenayah berbayar di mana mereka hanya didenda atau dipenjara. Walaubagaimanapun, situasi di UAE(United Arab Emirates) tentang homoseksual masih lagi tidak jelas. Sejak revolusi islam di iran pada tahun 1979, kerajaan iran telah mendakwa 4,000 orang dengan kesalahan menjadi ‘homosekual’, manakala di Saudi pula hukuman maksimum bagi homoseksual adalah hukuman di khalayak ramai, tetapi selalunya kerajaan akan menggunakan hukuman lain seperti denda, penjara, sebat malah dipaksa untuk menukar jantina sebagai jalan alternatif.

Aku masih ragu ragu, samada di Malaysia sudah ada akta untuk golongan LGBT ini, kerana yang bertindak KERAS terhadap golongan Homoseksual ini hanya samseng-samseng yang diupah oleh tangan ghaib untuk memukul atau memalukan golongan homoseksual di khalayak ramai. Homophobia bertindak kejam dengan memukul mereka yang homoseksual dengan objek objek keras dan tajam sehingga boleh membawa maut dan yang paling sedih ialah, mereka(homophobia) bergerak atas nama AGAMA, yakni ISLAM. adakah islam menggalakkan penganutnya bertindak kejam terhadap mereka yang berbeza? Bukankah apa yang disebarkan selalunya CINTA? Simpan soalan ini untuk diri kamu sendiri. (:

Takut dilabel sebagai ‘Gay’ boleh dianggap sebagai satu bentuk sosial homophobia. Ahli teori termasuk Calvin Thomas dan Jadith Butler mencadangkan bahawa homophobia boleh berakar dalam seorang individu yang takut dilabel sebagai ‘Gay’. Homophobia pada lelaki juga berkait rapat dengan ketakutan terhadap kejantanan-nya.(LOL)

Maka, atas alasan ini, homophobia didakwa berleluasa dalam sukan dan sub-kultur penyokongnya yang boleh dianggap sebagai lelaki stereotaip, seperti dalam persatuan bola sepak dan rugby.

Jangan anggap semua homophobia membenci LGBT, kekadang-nya mereka letakkan sedikit sifat TOLERANSI dalam kepala untuk menerima dan sekaligus ber Fap-Fap-Fap(Beronani) dengan menonton porno yang melibatkan dua wanita yang sama jantina. Adakah ini hipokrasi? Atau CHERRY PICKING? Anda nilai sendiri.
“Oh, god says so yeah? God also says to love one another, I don't see you practicing that one, cherry pickers.”

Kita manusia sudah sememangnya berbeza, aku Cuma mahu manusia dilayan sama rata tanpa ada garis jantina, bangsa, negara mahupun agama. Dengan itu baru-lah semua dilayan sama rata tanpa prejudis dan diskriminasi. Untuk mereka yang beragama, persoalkanlah dogma dan sebarkan cinta untuk umat manusia.Untuk para LGBT, kami BERSAMA KAUM TERTINDAS.



MANUSIA GEMBIRA DENGAN KATA KATA CINTA, BUKAN DENGAN SENJATA.



*ini adalah pendapat penulis sendiri dan tiada kena mengena dengan individu lain. Sebarang komen boleh boleh ditujukan ke kratomcityhardcore@gmail.com





Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Homophobia

Kratom City Hardcore- Sebuah Kolektif Kecil Dari Utara



Kratom City Hardcore secara rasminya telah ditubuhkan pada 03 Jun 2012 melalui satu benefit show yang kecil untuk The Tools Of The Trade semasa Defy Farewell Pre-Europe Tour 2012 mereka. KCHC adalah secara literalnya sebuah kolektif hardcore punk tempatan yang berpengkalan di Kedah.

Nama Kratom diambil kerana ia melambangkan wilayah utara Malaysia, Kedah. [P/S: Kami pernah bercadang untuk menggunakan Padi sebagai subjek tetapi serius, ia tidak begitu hebat. Padi tidak menbolehkan kita high melainkan ia ditapai :P]

Tujuan umum kelahiran KCHC adalah berdasarkan nilai persahabatan. Kami menghargai nilai persahabatan ke peringkat yang seterusnya di kalangan rakan-rakan baru dan lama yang berada di sekeliling kita. Perkongsian adalah tujuan lain yang kami tekankan. Kami mahu orang ramai untuk berkongsi idea, minat yang mendalam dan keseronokan bersama-sama dengan kami di atas bumi yang menyakitkan kepala ini.


Segala aktiviti-aktiviti yang sedang dan bakal dijalankan seperti gig dan perkara-perkara yang lain secara kolektif sebagai contoh; *Food Not Bombs, *Really Really Free Market dan lain-lain. Kami akan menunjukkan perkembangan acara-acara yang akan datang dan sebagainya dalam Kratom Times yang akan datang. Untuk mencapai koneksi rakan-rakan di seluruh dunia, kami benar-benar memerlukan label ini sebagai medium berkomunikasi.


Kami juga ingin membuat hubungan yang luas dengan label DIY HC punk yang lain dan yang berkaitan dengannya.


Buat masa ini, kami akan memberi tumpuan kepada space/studio/tempat untuk apa-apa pun aktiviti yang berpusat di rantau utara Malaysia terutamanya, selepas apa apa yang boleh kita cakap dan lihat sendiri tentang kekurangan ruang untuk melakukan perkara-perkara yang agak berkaitan dengan keseronokan adalah antara masalah yang besar di sini. KCHC juga akan meriliskan kaset/CD kompilasi untuk terus menghidupkan scene.


Sebenarnya, idea ini telah diinspirasikan selepas kami pergi ke space yang lain seperti The Wall (Batu Pahat, Johor), Rumah Api (Ampang, Kuala Lumpur), Phantom Anggota Badan (Sarawak).


Tabung Kratom City Hardcore telah dibuka dan pada sesiapa yang ingin membuat sumbangan dana berbentuk wang/pakaian/buku/apa-apa barangan terpakai boleh lah mula menyumbangnya dengan ikhlas. Wang/pakaian/buku/apa-apa barangan terpakai ini akan digunakan untuk manfaat scene dan masyarakat di Kedah terutamanya, bukanlah sama sekali hanya untuk kepentingan terhadap mana-mana individu.


Sumbangan boleh disalurkan kepada Poit (Akmal), Mat Jun, Kirin, Serap, Atan, Alip Hidong, Edan, atau Pait. Untuk apa-apa pertanyaan, boleh diusulkan juga kepada nama-nama yang berkenaan. Tolong sebarkan mesej ini bersama-sama. Terima kasih. BY PEOPLE FOR PEOPLE!

*Info untuk food not bombs rujuk kepada: http://www.foodnotbombs.net/ or http://en.wikipedia.org/wiki/Food_Not_Bombs

*Info untuk the really really free market rujuk kepada:

http://www.reallyreallyfree.org/ or http://en.wikipedia.org/wiki/Really_Really_Free_Market


“BY PEOPLE FOR PEOPLE” bermaksud disini bertindak sebagai percikan permulaan yang bukan berlandaskan kepentingan dan keuntungan individu atau sekelompok koloni tetapi menjurus kepada perubahan dalam scene. Kerana apa kami lihat selama ini, apabila wujudnya kolektif, kronisme juga bakal berlaku. Apabila kronisme berlaku, perubahan hanya tercetus disekitar golongan yang mengambil tempat dalam sesuatu kelompok itu. Sebenarnya perubahan pada skala besar dapat dibuat jika kita semua berada diluar kotak sebentar.

Dengan menonjolkan diri kepada masyarakat diluar scene, masyarakat akan lebih peka dengan kewujudan segelintir golongan budaya kaunter ini dengan melihat ke arah kebaikan yang terletak dan bukannya pada pakaian dan figura fizikal semata-mata.


Tulilah mereka yang melabel secara lahiriah kerana apa yang dilihat oleh kaca mata kadangkala ilusi visual spatial separa kebenaran yang hanya boleh dikatakan sebagai tuduhan yang membabi buta dan melulu.



Ianya bukan sekadar kolektif atau kelompok tapi lebih kepada gerakan golongan minoriti yang menolong manusia lain.


Hardcore punk bukan sekadar muzik tapi hardcore punk adalah falsafah, cara hidup, pemikiran dan segala yang berkaitan dengan kehidupan. Hardcore punk tak kira bangsa, tak kira agama, tak kira warna kulit tapi hardcore punk adalah kesamarataan pada setiapnya itu.


Ia juga adalah slogan yang akan dilaungkan oleh Kratom City Hardcore. Kenapa “BY PEOPLE”? Ia adalah daripada segelintir manusia di dalam scene yang merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti untuk memenuhi kehendak semua manusia dengan ikhlas.


Kenapa “FOR PEOPLE”? Di sini ia membawa maksud semua manusia yang menerima segala perancangan dan mengikuti semua rancangan tersebut dengan membantu melaksanakannya bersama-sama.

Demi Cinta?



Anarki,

Hanya untuk kita

Yang biasa

Bebas segala

Dari kuasa

Mari bina surga

Atas nama kita bersama

Persetan agama

Dianuti penganut gila

Ambil nyawa manusia

Demi agama tercinta

Apakah kita tega?

Tinggalkan mewah dunia?



Demi cinta?

Konsumerisme



Konsumerisme, muncul pada peralihan abad ke-20, menyuntik daki daki kapitalisma untuk
semua manusia. Istilah konsumerisme ini sering dikaitkan dengan kritikan tentang penggunaan.
Konsumerisme ini sebenarnya menekan pengguna, dari segi membeli barang yang tak sepatutnya
dibeli. Ya, hampir mustahil untuk kita tidak menjadi seorang konsumer pada abad ini, tapi at least,
kita mencuba untuk KURANGKAN dari terus menerus menjadi konsumer untuk kapitalis ini lebih maju. Ini berlaku secara sedar dan tidak sedar. Konsumerisme telah lama bertapak dalam jiwa manusia, menjadikan ia utuh dan tidak mudah jatuh. Ianya juga semakin berlanjutan, kerana kita sering terpengaruh dengan janji janji para kapitalis ini. Antara medium yang menjadi anjing untuk para kapitalis ini seperti, media arus perdana, papan-papan tanda tepi jalan, iklan iklan di suratkhabar dll. Sejujurnya, aku juga seorang konsumer, handphone, internet, baju/seluar mahal.(20rm ke atas mahal lah kan).Dan aku pernah terbaca tentang seorang perempuan menjual satu daripada buah pinggangnya untuk membeli sebuah i-pad? Berbaloikah? kalian boleh salahkan perempuan ini. Tapi bagi aku, yang patut disalahkan adalah para para kapitalis bangsat ini. Buat kita menjadi konsumer tegar, yang membuatkan kehendak membunuh keperluan. Bila pakaian mewah lebih penting dari nasi, bila telefon bimbit jadi macam goreng pisang, dan tahniah, kapitalis telah menang. Aku rasa, sudah tiba masanya kesedaran tentang bahayanya konsumerisme ini diterapkan dalam
kehidupan,mungkin ini tulisan yang 3585745 tentang konsumerisme dan kapitalisme yang sudahpun
ditulis dalam kebanyakan kebanyakan zine h/c punk sebelum ni, tapi lantaklah, aku juga penulis. Mungkin idea aku sedikit beza.Aku bukan seorang anarkis, lantang laungkan anti-kapitalis, juga bukan seorang anti-materialisme(sedang mencuba), cukup sekadar rakyat, yang konsern untuk rakyat yang lain.

"Adalah lebih benar tentang pakaian berbanding dengan kebanyakan barang penggunaan yang lain
bahawa manusia sudi mengalami kekurangan keperluan hidup yang lain supaya mampu membeli apa
yang dianggap mereka sebagai jumlah penggunaan sia-sia yang memuaskan; oleh itu, tidaklah jarang
kejadiannya bahawa dalam keadaan iklim yang buruk, orang akan memakai pakaian yang terlalu mendedahkan supaya kelihatan berpakaian anggun." (The Theory of the Lesiure Class (Teori Kelas Mewah), 1899). –Thorstein Veblen

Kitalah, Babi Babi yang sedang dipijak Autoriti.

Saat mimpi ditikam mati, aku masih sendiri

dililit duri duri banaspati

diradak isi terus ke hati

mana bayangkara bayangkara mimpi?

slogan 'sehidup semati demi mimpi'?

apakah mimpi ini mimpi yang kita impi?

atau mainan dari mereka yang berdasi?

batari juga menyepi

seolah lupa akan mimpi yang dijanji

kita hanya ada bupati bupati berselindung di balik monarki

goyang kaki seolah tuan kepada babi

ya, kita-lah 

BABI BABI yang sedang bermimpi

dirampas hak asasi

didiskriminasi

dan dipijak autoriti berdasi

inilah bumi, di mana mimpi hanyalah mimpi

dan takkan pernah jadi realiti.

Atma Manusia Celaka

Atma meronta ronta

mahu rebah di lembah durjana

bersama paranoia cinta manusia

apakah aku arca?

atau celaka yang dicorak emosi-nya?

aku bukan batara

cukup sempurna untuk lahirkan cinta

cuma manusia

yang mahu jadi lebih manusia dari manusia manusia.